Program SLDN adalah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri/syarikat yang meliputi 70% hingga 80% dan di pusat latihan yang meliputi 20% hingga 30%. Pendekatan latihan SLDN akan ditentukan oleh industri/syarikat bersama-sama dengan pusat latihan sama ada memilih pendekatan seperti berikut:
Day release – Perantis akan menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5 hari di industri/syarikat dan latihan teori selama 1 hingga 2 hari di Pusat Latihan SLDN setiap minggu.
Block release – Perantis akan menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5 bulan di industri/syarikat dan latihan teori selama 1 hingga 2 bulan di Pusat Latihan SLDN secara berterusan.
Kaedah pelaksanaan program SLDN adalah berdasarkan Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang berkuatkuasa.

#perantis #skm #healthcare #jpk #sldn #belajar #elaun #sijil #tahap2 #ilmu #percuma #kemasukansegera #latest #terbaru