SOALAN LAZIM (FAQ)
PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL
(SLDN) BERINSENTIF 2022
1.
YB Menteri Kewangan semasa perbentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021
telah mengumumkan peruntukan tambahan 200 juta ringgit disediakan untuk program
usaha sama dengan industri termasuk Skim Latihan Dual Nasional dan program
persijilan industri.Apakah inisiatif bagi Program SLDN di bawah Bajet 2022 ?
Program SLDN di bawah Bajet 2022 menyediakan paruntukan untuk
pelaksanaan Program SLDN berinsentif bagi membangunkan sumber manusia kemahiran
melaui skim perantis yang berstruktur melibatkan kerjasama industri dalam
pelaksanaan program TVET. Penuntukan Bajet 2022 menyediakan elaun dan insentif
kepada peserta program SLDN iaitu perantis, Pusat Latihan dan Syarikat SLDN
bagi meringankan beban dan sebagai galakan.
2.
Siapakah yang mendapat manfaat daripada program SLDN di bawah Bajet 2022?Apakah
manfaat yang disediakan Kerajaan ?
i.
Lepasan sekolah, penganggur, bakal pekerja atau pekerja sedia yang berhasrat
untuk meningkatkan kemahiran/kerjaya dengan menyertai program latihan semula
(reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) di bawah program SLDN.Individu
yang menyertai program akan menjadi perantis program SLDN. Perantis layak
mendapat elaun sebanyak RM500 sebulan.
ii.
Pusat Latihan SLDN, iaitu penyedia latihan sama ada Institusi Latihan
Awam atau Swasta yang menyediakan latihan teori/asas bagi program SLDN. Pusat
Latiha layak mendapat insentif sebanyak
RM300/bulan bagi setiap perantis yang dilatih.
iii.
Syarikat SLDN, iaitu industri yang menyediakan latihan komponen
praktikal bagi program latihan SLDN. Syarikat SLDN layak mendapat insentif
sebanyak RM200/bulan bagi setiap perantis yang dilatih.
3.
Apakah kretiria calon untuk menjadi perantis Program SLDN an
bagaimanakah cara untuk memohon menyertai program ini ?
a.
Lepas sekolah ,penganggur ,bakal pekerja atau pekerja sedia ada yang
memenuhi kretiria berikut ;
i.
Warganegara Malaysia.
ii.
Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun semasa pendaftaran sebgai perantis
ke JPK (kiraan umur berdasarkan kepada tahun lahir)
iii.
Sekurang-kurangnya boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris.
b.
Bagi menyertai program SLDN, calon hendaklah menghubungi mana-mana Pusat
Latihan Yang menawarkan program SLDN berinsentif tahun 2022. Senarai Pusat
Latiha terlibat akan dipaparkan di
portal www.myspike.my
4.
Sekiranya anda sebagai Penyedia Latihan dan berminat untuk menyertai
program ini, apakah syarat-syarat permohonan dan bagaimanakah cara untuk memohon?
Sekiranya mana-mana Penyediaan Latihan dan berminat untuk menyertai
Program SLDN berinsentif ini, syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
a.
Penyedia Latihan mestilah merupakan Pusat Bertauliah JPK. Pusat Latihan
perlu bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang turut menjadi Pusat Bertauliah
(PB) JPK.
b.
Sekiranya syarikat belum menjadi PB JPK, permohonan sebagai PB JPK
bolehlah dikemukakan secara dalam talian (www.myspike.my).
c.
Bagi menyertai program SLDN berinsentif, permohonan hendaklah
dikemukakan oleh Pusat Latihan atau Syarikat In-House secara dalam talian
melalui www.myspike.my.
5.
Apakah
jenis program dan tempoh latihan yang boleh ditawarkan / dibenarkan di bawah
Program SLDN berinsentif 2022 ?
Jenis program yang boleh ditawarkan di bawah Program SLDN berinsentif
2022 adalah program persijilan penuh atau program modular dan tertakluk kepada
perancangan PB. Tempoh latihan yang dibenarkan adalah antara dua (2) bulan
hingga 10 bulan dan program latihan hendaklah selesai selewat-lewatnya pada 30
November 2022 atau mana-mana tarikh yang diluluskan.
6.
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status permohonan program SLDN
berinsentif ini ?
JPK akan memaklumkan keputusan permohonan secara dalam talian melalui www.myspike.my. Permohonan perlu menyemak pemakluman di portal dari masa ke semasa.
7.
Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan calon perantis Program SLDN berinsentif
2022 ?
Pendaftaran perantis kepada JPK hendaklah dilaksanakan oleh Pusat
Latihan secara dalam talian melalui www.myspike.my
8.
Adakah sebarang yuran yang dikenakan kepada perantis ?
Ya. Ada. JPK mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM100 kepada setiap
perantis.
9.
Apakah Sijil yang layak diterima oleh perantis selepas tamat latihan?
Perantis yang tamat latihan dan memenuhi syarat-syarat persijilan akan
dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1-3, Diploma Kemahiran
Malaysia (DKM),Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau Penyata
Pencapaian (PC). Jenis penganugerahan persijilan tertakluk kepada kategori
program yang diikuti oleh perantis.
10.
Adakah sebarang panduan yang perlu dirujuk oleh PB JPK untuk memohon
program ini?
Ya. Ada. PB SLDN boleh merujuk kepada Panduan Permohonan dan Pelaksanaan
Program SLDN Berinsentif 2022 melalui laman sesawang JPK www.dsd.gov.my (menu perkhidmatan – SLDN).
#perantis #skm #healthcare #jpk #sldn #belajar #elaun #sijil #tahap2 #ilmu #percuma #kemasukansegera #latest #terbaru