Thursday 13 January 2022

PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) BERINSENTIF 2022

               SOALAN LAZIM (FAQ)

          PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) BERINSENTIF 2022

 

1.       YB Menteri Kewangan semasa perbentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 telah mengumumkan peruntukan tambahan 200 juta ringgit disediakan untuk program usaha sama dengan industri termasuk Skim Latihan Dual Nasional dan program persijilan industri.Apakah inisiatif bagi Program SLDN di bawah Bajet 2022 ?

 

Program SLDN di bawah Bajet 2022 menyediakan paruntukan untuk pelaksanaan Program SLDN berinsentif bagi membangunkan sumber manusia kemahiran melaui skim perantis yang berstruktur melibatkan kerjasama industri dalam pelaksanaan program TVET. Penuntukan Bajet 2022 menyediakan elaun dan insentif kepada peserta program SLDN iaitu perantis, Pusat Latihan dan Syarikat SLDN bagi meringankan beban dan sebagai galakan.

 

2.       Siapakah yang mendapat manfaat daripada program SLDN di bawah Bajet 2022?Apakah manfaat yang disediakan Kerajaan ?

 

i.                     Lepasan sekolah, penganggur, bakal pekerja atau pekerja sedia yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran/kerjaya dengan menyertai program latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) di bawah program SLDN.Individu yang menyertai program akan menjadi perantis program SLDN. Perantis layak mendapat elaun sebanyak RM500 sebulan.

 

ii.                   Pusat Latihan SLDN, iaitu penyedia latihan sama ada Institusi Latihan Awam atau Swasta yang menyediakan latihan teori/asas bagi program SLDN. Pusat Latiha  layak mendapat insentif sebanyak RM300/bulan bagi setiap perantis yang dilatih.

 

iii.                  Syarikat SLDN, iaitu industri yang menyediakan latihan komponen praktikal bagi program latihan SLDN. Syarikat SLDN layak mendapat insentif sebanyak RM200/bulan bagi setiap perantis yang dilatih.

 

3.       Apakah kretiria calon untuk menjadi perantis Program SLDN an bagaimanakah cara untuk memohon menyertai program ini ?

 

a.       Lepas sekolah ,penganggur ,bakal pekerja atau pekerja sedia ada yang memenuhi kretiria berikut ;

 

i.                     Warganegara Malaysia.

ii.                   Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun semasa pendaftaran sebgai perantis ke JPK (kiraan umur berdasarkan kepada tahun lahir)

iii.                  Sekurang-kurangnya boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

 

b.      Bagi menyertai program SLDN, calon hendaklah menghubungi mana-mana Pusat Latihan Yang menawarkan program SLDN berinsentif tahun 2022. Senarai Pusat Latiha  terlibat akan dipaparkan di portal www.myspike.my

4.       Sekiranya anda sebagai Penyedia Latihan dan berminat untuk menyertai program ini, apakah syarat-syarat permohonan dan bagaimanakah cara untuk memohon?

 

Sekiranya mana-mana Penyediaan Latihan dan berminat untuk menyertai Program SLDN berinsentif ini, syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

 

a.       Penyedia Latihan mestilah merupakan Pusat Bertauliah JPK. Pusat Latihan perlu bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang turut menjadi Pusat Bertauliah (PB) JPK.

 

b.      Sekiranya syarikat belum menjadi PB JPK, permohonan sebagai PB JPK bolehlah dikemukakan secara dalam talian (www.myspike.my).

 

c.       Bagi menyertai program SLDN berinsentif, permohonan hendaklah dikemukakan oleh Pusat Latihan atau Syarikat In-House secara dalam talian melalui www.myspike.my.

 

5.       Apakah jenis program dan tempoh latihan yang boleh ditawarkan / dibenarkan di bawah Program SLDN berinsentif 2022 ?

 

Jenis program yang boleh ditawarkan di bawah Program SLDN berinsentif 2022 adalah program persijilan penuh atau program modular dan tertakluk kepada perancangan PB. Tempoh latihan yang dibenarkan adalah antara dua (2) bulan hingga 10 bulan dan program latihan hendaklah selesai selewat-lewatnya pada 30 November 2022 atau mana-mana tarikh yang diluluskan.

 

6.       Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status permohonan program SLDN berinsentif ini ?

 

JPK akan memaklumkan keputusan permohonan secara dalam talian melalui www.myspike.my. Permohonan perlu menyemak pemakluman di portal dari masa ke semasa.

 

7.       Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan calon perantis Program SLDN berinsentif 2022 ?

 

Pendaftaran perantis kepada JPK hendaklah dilaksanakan oleh Pusat Latihan secara dalam talian melalui www.myspike.my

 

8.       Adakah sebarang yuran yang dikenakan kepada perantis ?

 

Ya. Ada. JPK mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM100 kepada setiap perantis.

 

9.       Apakah Sijil yang layak diterima oleh perantis selepas tamat latihan?

 

Perantis yang tamat latihan dan memenuhi syarat-syarat persijilan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1-3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM),Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau Penyata Pencapaian (PC). Jenis penganugerahan persijilan tertakluk kepada kategori program yang diikuti oleh perantis.

 

10.   Adakah sebarang panduan yang perlu dirujuk oleh PB JPK untuk memohon program ini?

 

Ya. Ada. PB SLDN boleh merujuk kepada Panduan Permohonan dan Pelaksanaan Program SLDN Berinsentif 2022 melalui laman sesawang JPK www.dsd.gov.my (menu perkhidmatan – SLDN).

 

 


#perantis #skm #healthcare #jpk #sldn #belajar #elaun #sijil #tahap2 #ilmu #percuma #kemasukansegera #latest #terbaru


LAWATAN PENGESAHAN & PEMANTAUAN PERANTIS BATCH JUNE 2024

  Nama program : LAWATAN PENGESAHAN & PEMANTAUAN PERANTIS BATCH JUNE 2024 Tahap : 2 (DUA) Tarikh : 18 JULAI 2024 Lokasi : PUSAT HOMEOPAT...