Friday, 31 December 2021

Apa itu SLDN?

SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:

 

(i) Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan;
(ii) Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan). 

Objektif utama SLDN – melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu: 
(i) Teknikal 
(ii) Sosial & Kemanusiaan
(iii) Metadologi & Pembelajaran 

SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven dimana dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan. Pelaksanaan SLDN boleh dibuat dengan kaedah berikut:


(i) Usahasama Pusat Latihan Kemahiran (PLK) dan Syarikat
(ii) Syarikat Latihan Dalaman (In-house)

Tempoh Latihan

Tempoh latihan bagi sesuatu program yang dilaksanakan merujuk kepada pekeliling KPPK bil. 2/105 dan jumlah jam kredit

yang ditetapkan di dalam sesuatu SKPK/ NOSS.

Nisbah Latihan

70% hingga 80% latihan amali (prestasi) di industri dan 20% hingga 30% latihan teori (pengetahuan) di pusat latihan.

Kaedah Penyampaian

Lepasan Harian

 Contoh: 1 – 2 hari seminggu pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta

4 – 5 hari seminggu latihan amali (prestasi) di syarikat.

 

 Lepasan Bulanan

 Contoh: 1 – 2 bulan pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta

4 – 5 bulan latihan amali (prestasi) di syarikat.

Rujukan Standard Latihan

Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) atau Kurikulum SLDN.

Persijilan

Perantis yang yang menamatkan latihan ini dengan jayanya akan dianugerahkan:
 (i) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2, 3
 (ii) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
 (iii) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

 

Syarikat yang menjalankan latihan SLDN akan mendapat faedah berikut:

a) Membuat tuntutan semula levi bagi syarikat yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). (Employer Circular no.1/2008)

b) Mendapat potongan cukai pendapatan syarikat (single tax deduction) di bawah peruntukan subseksyen 34(6)(n), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

 


#perantis #skm #healthcare #jpk #sldn #belajar #elaun #sijil #tahap2 #ilmu #percuma #kemasukansegera #latest #terbaru

 


LAWATAN PENGESAHAN & PEMANTAUAN PERANTIS BATCH JUNE 2024

  Nama program : LAWATAN PENGESAHAN & PEMANTAUAN PERANTIS BATCH JUNE 2024 Tahap : 2 (DUA) Tarikh : 18 JULAI 2024 Lokasi : PUSAT HOMEOPAT...